Tuesday, September 9, 2008

TIDAK KETERLALUAN

Tidak keterlaluan kalau saya katakan suasana kelam kabut yang berlaku dalam negara pada masa kini adalah angkara perbuatan seorang rakyat malaysia yang bercita-cita tinggi untuk membawa Malaysia ke suatu era yang sukar di ramal dan tidak di ketahui. Walaupun cita-cita ini nampak murni untuk kebaikan rakyat dan negara keseluruhannya, tetapi cara mencapai cita-cita ini adalah songsang dan bertentangan dengan tradisi yang di amalkan dalam pemerintahan negara sejak mencapai merdeka. Budaya memujuk untuk bersengkongkol dan menafikan hak orang lain secara terang-terangan bagi mencapai apa yang diinginkan, bukan adat rakyat negara ini. Sebaliknya ini adalah ajaran yang diajar oleh orang luar yang ingin melihat rakyat dan negara ini jatuh tersungkur seperti apa yang berlaku di kebanyakan negara Timur Tengah sekarang. Oleh itu sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian jangan biarkan negara ini jadi batu landung yang boleh dilontar dan dilempar sesuka hati sehingga akhirnya kita menderita di kampung sendiri. Waktu itu menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna lagi.

3 comments:

Padamar Seri said...

Apakah lompat parti menjadi persoalan atau kerosakkan ekonomi menjadi pertaruhan.

Ataupun bukankah Politik itu tentang kuasa, bermaksud matlamat politik hanyalah untuk berkuasa seperti kata Bekas TPM kita, Tan Sri Musa Hitam.

abangdamet said...

Inilah sebahagian kecil daripada warna-warni politik. Politik itu pun orang kata "... penuh dengan serba kemungkinan. Dalam politik, apa saja boleh berlaku, walaupun yang kita anggap mustahil".

Seorang yang sangat berhajat memiliki kuasa (macam lapar kuasalah tu... orang Kedah cakap kemaruk kuasa) akan buat apa saja untuk mendapatkannya. Semua kaedah dan strategi akan dilaksanakan, seperti orang memburu (mengintai peluang, memasang perangkap, menjerat, mengumpan, mengejar, menangkap, mengikat dan kalau perlu membunuh).

Mungkin juga individu berkenaan mahu "membalas dendam" kepada seseorang atau sesuatu pihak. Dan itu hanya dapat dilakukan jika dia memegang jawatan eksekutif paling tinggi - Perdana Menteri.

BLOG KOMEN said...

kunjungilah blog komen untuk anda memberikan komen, pandangan dan pendapat anda tentang apa-apa sahaja