Tuesday, September 9, 2008

TIDAK KETERLALUAN

Tidak keterlaluan kalau saya katakan suasana kelam kabut yang berlaku dalam negara pada masa kini adalah angkara perbuatan seorang rakyat malaysia yang bercita-cita tinggi untuk membawa Malaysia ke suatu era yang sukar di ramal dan tidak di ketahui. Walaupun cita-cita ini nampak murni untuk kebaikan rakyat dan negara keseluruhannya, tetapi cara mencapai cita-cita ini adalah songsang dan bertentangan dengan tradisi yang di amalkan dalam pemerintahan negara sejak mencapai merdeka. Budaya memujuk untuk bersengkongkol dan menafikan hak orang lain secara terang-terangan bagi mencapai apa yang diinginkan, bukan adat rakyat negara ini. Sebaliknya ini adalah ajaran yang diajar oleh orang luar yang ingin melihat rakyat dan negara ini jatuh tersungkur seperti apa yang berlaku di kebanyakan negara Timur Tengah sekarang. Oleh itu sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian jangan biarkan negara ini jadi batu landung yang boleh dilontar dan dilempar sesuka hati sehingga akhirnya kita menderita di kampung sendiri. Waktu itu menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna lagi.

KERAJAAN ADIL

Keputusan mahkamah pilihanraya yang membatalkan keputusan pilihanraya kawasan Parlimen Pensiangan baru-baru ini adalah bukti ketelusan kerajaan memelihara hak rakyat di negara ini. Keputusan ini juga jelas melambangkan bahawa kerajaan tidak mengamalkan dasar berat sebelah atau pilih kasih sebaliknya memberi peluang kepada rakyat menuntut kebenaran menggunakan saluran yang benar.